Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Wednesday, April 1, 2009

Tanya Diri


Assalamualaikum..

Pernah ada seseorang yg baru masuk islam bertanya kpd Rasulullah utk meminta penerangan apa itu islam?? Lalu baginda pun menyuruh lelaki itu berjumpa dgn sahabat nabi (ana nda ingat sapa) lalu sahabat itu pun mmbacakan sebuah ayat dari Al-Quran (ana pn nda ingat surah apa..afwan) yg kira-kira bermaksud: sesungguhnya Allah akan membalas segala perbuatan manusia, walaupun sekecil zarrah. Sesuatu perbuatan yg baik Allah akan balas dgn balasan yg baik dan jika perbuatan yg buruk Allah akan balas dgn buruk.. Selepas itu lelaki yg bertanya itu pun menjawab.. "sekarang..aku faham apa itu islam"

Adakah antum faham apa itu islam?? Jika ada seseorang bertanya kpd antum adakah antum dpt menjawabnya?? Mempelajari islam itu sangat-sangat-sangat-sangat wajib bagi setiap muslim. Cuba kita cerminkan pada diri kita adakah kita mengenali islam itu seluruhnya..? adakah islam itu agama kekerasan??terroris??atau ia sama dgn agama yg lain??

Jawapannya adalah TIDAK..TIDAK..TIDAK..islam bukan agama kekerasan, islam bukan mengajarkan terrorisma..islam itu tidak sama dgn agama lain..Agama islam adalah SYUMUL(sempurna) tetapi manusia itulah yg membuatkan ianya tidak syumul..!!

Mengapa?? cuba tanya diri kita.. adakah kita hanya solat seminggu sekali(solat juma'at)?? Adakah kita membaca Al-Quran hanya utk mendapatkan sijil(sijil khatam, sijil ijazah, etc) selepas itu kita membiarkan Al-Quran itu menjadi perhiasaan dirumah-rumah (berhabuk)?? adakah kita berpakaian menutup aurat hanya di sekolah agama sahaja tetapi berpakain "sakit mata" bila ke shoping complex??Adakah kita amat sukar utk bersedekah di jalan Allah (berfikir 2 kali) dan amat senang apabila kita ingin membeli tiket konsert/ membeli suatu yg tidak berfaedah (tanpa berfikir lagi).

Sepatutnya kita mencontohi Rasulullah S.A.W. bukannya mencontohi yang lain...!! Sepatutnya kita mengenali Rasulullah S.A.W lebih daripada mengenali artis-artis barat / pemain bola / pelakon dan sebagainya. Contohi Nabi kita, contohi akhlaknya, contohi budi pekertinya contohi sikapnya. Al-Quran itu adalah akhlak nabi..baca sirah nabi dan pelajari isi Al-Quran.

Sesungguhnya dalam melaksanakan tugas(dakwah) dan amal kebajikan utk mendapatkan keredhaan Allah amatlah susah. Jalan yang di rempuhi bukannya jalan yg bertaburkan bunga TETAPI jalan yg di taburi duri dan ingatlah syaitan laknatullah senantiasa menggoda kita dari 4 penjuru, depan, belakang, kanan dan kiri (ada dlm Al-Quran tp ana lupa apa ayatnya)

Ingatlah Allah itu ada dimana-mana. Allah akan membalas segala perbuatan kita. kadang-kadang saya kecewa dan hampir berputus asa apabila melihat kawan saya yg memakai pakaian seolah-olah tidak memakainya. semoga Allah memberinya taufik dan hidayah kepadanya dan kepada kitani semua yg membaca post ini, Amin~..

Mohon maaf jika ada terkasar bahasa. Tujuan ana tidak lain hanyalah memberi nasihat dan pengajaran kpd kitani semua.
Al-'Asr
Dengan nama Allah yg maha pengasih, maha penyayang

Demi masa(1)
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dlm kerugian(2) Kecuali orang-orang yg beriman dan mengerjakan kebajikan dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan menasihati supaya menetapi kesabaran(3)
maha benar kata-kata Allah yg maha agung



Tuesday, March 3, 2009

Apabila Kemungkaran Dilihat Sebagai Kemuliaan...





Salam ukhwah, salam perjuangan, salam dakwah kepada pembela-pembela dakwah Islam, kepada pejuang-pejuang yang ditekan tetapi tetap mempertahankan Islam, kepada mereka yang ingin berfikir dengan jauhnya tentang hala tuju ummat.

Hari ini, ketika ini dan saat ini, ketika kemungkaran dan maksiat menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat dan ummat yang kita sayang, DIMANAKAH KITA? Dimanakah kita yang mengatakan bahawa kita meletakkan Al Quran dan Sunnah sebagai perlembagaan, Rasulullah sebagai model ikutan, Allah sebagai tujuan dan Jihad fi sabilillah sebagai penamat kehidupan?

Amat jelik sekali pada masa ini, ketika ummat yang lantang berkata kononnya kita menegakkan negara Islam di kalangan pemimpin-pemimpin kita, mereka yang dengan lantang mengatakan kita ikut langkah Islam dalam negara ini turut sama leka dalam jalan taghut, malah amat menyedihkan lagi bila mana maksiat itu dilihat sebagai perkara biasa.

Saudaraku, syaitan akan mengindahkan pandangan manusia di atas maksiat yang kita lakukan. Perhubungan tanpa batasan atas nama cinta sejati antara dua insan dipandang indah oleh masyarakat, dipandang cantik oleh sahabat handai malah dipopularkan oleh ramai di kalangan kita dan bahkan dipandang mulia. TETAPI, perhubungan untuk membina baitul muslim secara baik dan suci tanpa ikatan dan perhubungan yang keji dipandang kolot dan ketinggalan zaman bahkan tidak lagi sesuai dengan zaman ini.

Para pemuda-pemudi dan pejuang yang membawakan dakwah Islamiyah, yang ingin meletakkan kefahaman yang betul kepada ummat dipandang sebagai orang penyibuk bahkan mungkin sekali akan dilabelkan sebagai terroris. Para pendokong yang ingin membawa semula ummat Islam kepada Islam dipandang sebagai lebai-lebai yang kuno, kolot dan ketinggalan zaman. Bahkan senang sekali dikatakan : “aku enjoy...enjoy gak, ibadat...ibadat jugak”. Jadi adakah kehidupan kita ini membedakan dengan kehidupan Islam? Bukankah sebagai muslim, kehidupan kita adalah Islam dan Islam itu adalah kehidupan. Bahkan untuk enjoy pun bukankah lebih cantik sekali kalau ianya selari dengan jalan Islam. Tiada pergaulan tanpa batasan, tiada unsur lucah. Bahkan dakwah juga dapat disampaikan melalui hiburan.

Hal ini bukanlah sesuatu yang mustahil, tidak semestinya lagu nasyid sahaja perlu ada unsur dakwah. Bukankah lebih cantik kalau lagu rock juga ada unsur dakwah. Tidakkah lebih jelik apabila ketika ada segolongan pihak yang ingin membuat tugas menyedarkan ummat tentang hakikat Islam ini dihalang dengan kuatnya. Tetapi mereka yang ingin melakukan konsert , pesta , keraian yang bukan-bukan dibenarkan dengan suka hatinya? Dimanakah kononnya Islam yang dilaung-laungkan??? ADAKAH ISLAM ITU TERTEGAK DENGAN KATA-KATA??? ADAKAH ISLAM ITU TERTEGAK DENGAN CERAMAH DAN JUALAN AIR LIUR SAHAJA???

Saudaraku, Islam itu adalah kehidupan kita, saat kita mengucapkan kalimah shahadah, kita telah berikrar dan mengikat perjanjian untuk menerima Islam sepenuhnya. Tiada istilah “part time Muslim”. Hari ini aku ikut jalan kafir, esok aku ikut jalan Islam. Tiada istilah pengasingan Islam daripada kehidupan. Tiada pengasingan Islam itu daripada pemerintahan kerana Islam ini lengkap. Bermula daripada aspek kehidupan seharian, pemerintahan malahan kematian. Ketika kita bershahadah, kita telah berikrar pada aqidah kita bahawa kita sanggup mengikut Islam. Tetapi adakah shahadah itu sekadar hanya kata-kata kosong???




Source : iLuvislam.com