Wednesday, June 24, 2009

Flu Babi..


Assalamualaikum...
Negara kitani ani makin banyak udah kejadian yg tidak baik berlaku. Kalau tidak silap saya, belum jua lama telah berlaku banjir yg besar di negara kitani yg mana dlm sejarah belum pernah berlaku. selepas atu tentang tersebarnya penyakit selesma babi yg mana menggemparkan seluruh dunia. Dlm masa-masa hebohnya tentang penyakit atu, negara kitani telah mengalami kebakaran yg terjadi di sana sini. Tredapat segelintir org yg takutkan Flu babi melebihi daripada takutkan mati sedangkan kita tidak semestinya terjangkiti penyakit tersebut TETAPI yg pasti semua makhluk akan MATI. Flu tersebut hanyalah asbab sahaja, tidak semestinya kita akan mati hanya dgn flu tersebut, akan tetapi mengenai mati adalah satu ketetapan Allah yg pasti berlaku dan tiada obat utk melengahkannya.

Tidak mustahil semua ani adalah peringatan daripada Allah utk kitani ygmana kitani sering lalai dan leka dlm mengigatiNya. Tidak mustahil jua bahawa semua atu merupakan "BALA" bagi kitani. Mungkin kitani melakukan yg di larang, meninggalkan apa yg disuruh. Sebagai hamba Allah, kitani memang seorang hamba kepada Al-Khaliq. We dont have a choice but to do what Allah said and leave all the things that Allah larang..

Adalah tidak mustahil akan ada lagi bala yg akan menimpa dunia termasuk negara kitani..jika sebuah negara atu sentiasa melakukan segala suruhan Allah, insyAllah akan makmur dan harmonilah negara tersebut. Bukankah negara kitani ani adalah sebuah negara islam..! negara islam seharusnya mengikuti dan melaksanakan segala-galanya mengikuti atas apa yg diperintahkan oleh Allah melalui Al-Quran dan Hadith. Adakah islam ani hanya dilaksanakan dalam jabatan yg berkaitan dgn hal ehwal islam sahaja?? adakah kitani inda mengamalkan ajaran islam dlm pentadbiran, pendidikan, perdagangan..?? sedangkan islam atu adalah menyeluruh. semuanya ada dalam islam, segala kehidupan kita, pentadbiran, pertahanan, perekonomian, undang-undang, seharusnya islam atu adalah yg terutama sekali.

Adakah kitani lebih mementingkan system BARAT daripada system2 ISLAM??? sebetulnya seya selalu hairan dan berfikir kenapa kitani mengikuti system pendidikan barat? mengapa kitani mengikuti undang2 barat? mengapa kitani mengikuti gaya hidup barat??

Firman Allah yg bermaksud :
"Wahai orang-orang yg beriman! masuklah ke dalam islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan. Sesungguhnya ia musuh yg nyata bagimu."

Thursday, April 2, 2009

Jadi Perkara Biasa..

Italian magazine: The Zionist entity demolished 19000 Palestinian homes since 1967









ROME - Agencies - The Italian Journal “Lemes”, dealing with Geobolitika, said that the Zionist entity destroyed more than nineteen thousand Palestinian homes in East Jerusalem and the occupied territories since 1967 till now.

The magazine under the title 'Zionist entity and the demolition of Palestinian homes', said that the Zionist entity to resume a policy of demolishing the homes of various claims. Nineteen thousand houses were demolished in East Jerusalem and the occupied territories since 1967, and there is a secret deal between the Alliance of the new government in order to increase the settlements.

The magazine cited the suffering of the Palestinian women, Fawzeyya Al Kurd (Omm Kamil), which says with determination and quiet voice that she would not leave her tent until the announcement of the fair adjudication, adding 'that this land is sacred to Jews, Christians and Muslims, and her name is Palestine. Because of her beauty, all people want it, but this does not give them the right to expel me from my house by force.

The magazine said that the echo of the Zionist violence reached Brussels, where the European Parliament adopted a charge of the Zionist entity to work against international law. It also said that house demolitions by the Zionist forces has become a common phenomenon and is rooted in the occupied territories, particularly in East Jerusalem despite the Zionist commitments in the 2007 Annapolis Conference .

The magazine quoted the fears of local humanitarian organizations on the embarrassing status of the holy city, particularly because of the Zionist intentions; there is a decision from the municipality in 2005 to demolish 88 Palestinian homes in the city.


Source : http://www.alqassam.ps/english/

Wahai muslimun~!
Bangunlah~!
Sadarlah dari tidur yg kelam~!
Buka mata hatimu~!
Lihatlah dunia yg hampir-hampir hancur !
Saudaramu meminta pertolongan darimu !
Rumah mereka hancur lebur !
HANCUR ! HANCUR !

Bukalah mata hatimu dgn kebenaran
jgn kau biarkan ianya tertutup oleh tipu dunia
cuba antum fikirkan jumlah rumah yg dihancurkan oleh musuh Allah
19000 buah rumah..!
jumlah itu bukannya sedikit..bukan sedikit wahai manusia

Seharusnya kitani ambil BERAT mengenainya
mungkin ana berulang kali menyatakan hal ani
pasal apa..?pasal apa..?
Kerana ana seorang MUSLIM..!
bukankah muslimin itu bersaudara..??!

MANA NEGARA ISLAM?
MANA MASYARAKAT ISLAM?
MANA BANGSA ISLAM?

Jgn jadikan negara atau bangsa sebagai ALASAN
Utk tidak membantu saudara kita..!
Tp yg penting yg harus ditekankan ialah
MANA NEGARA ISLAM..??!!
SEHARUSNYA SEMUA..!SEMUA NEGARA ISLAM
MEMBANTU NEGARA PALESTINE YG SEDANG DITINDAS
MENENTANG ISRAEL (yg mencerobohi tanah Palestine)
TENTANG HABIS-HABISAN, JGN TAKUT..
JGN JADI PENGECUT ATAU MUNAFIK YG TAKUT BERPERANG DI JALAN ALLAH
KALAU KITA MATI DLM PEPERANGAN...
INSYALLAH KITA AKAN MATI SYAHID..
SYAHID ADALAH BALASANNYA SYURGA..
SIAPA YG TIDAK MAHU SYURGA???
Ana tahu semua mahu syurga..
adakah syurga itu dibeli dgn harga yg MURAH..????

Terdapat negara islam yg membantu israel..
membantu dlm menghapuskan rakyat Palestine(secara langsung atau tidak)
JGN HAIRAN...ana pun pada mulanya tidak percaya..
tp itulah faktanya..
Ada negara islam sendiri yg mengiktiraf negara israel..
mengapa..????? kenapa boleh mengiktiraf...!!!!
Sedangkan tanah yg mereka duduki itu BUKAN milik mereka!!!!!!

CUBA FIKIR SECARA LOGIK...!!!!wahai orang-orang yg berakal..!!!

Bayangkan rumah antum didatangi org asing..
antum dihalau dan diserang..
adakah antum hanya pergi begitu saja???
tanpa memperjuangkan hak antum..???
bila antum cuba mempertahankan rumah antum
dgn memberi perlawanan..
antum di gelar "TERRORIS"...!!!!!!
LAYAKKAH ANTUM DIGELAR PENGGANAS???
seharusnya org yg menyerang dan merampas tahan antum itu yg HARUS di GELAR PENGGANAS (israel)...!!!

ana pernah diberitahu oleh adik ana..
Selepas Palestine diserang oleh israel pada 22/12 yg lalu..
banyak org ingin membantu dgn memberi derma kpd mereka..
tetapi yg kesalnya kwn adik ana itu berkata:
"MALASTAH KU INGAU KN MENDERMA/MEMBANTU..
BIARKAN TIA DORANG ATU CEMATU..BUAT APA KAN MEMBANTU..
KALAU TANI SUSAH NDA JUA DORANG KAN MENOLONG"

WHAT THE ???

beginikah sikap seorang islam..?semoga Allah memberinya hidayah

Afwan klu ada terkasar bahasa..
yg baik dari Allah..yg buruk dari ana sendiri..
Kdg-kdg kata-kata sukar di ungkapkan..

Wednesday, April 1, 2009

Tanya Diri


Assalamualaikum..

Pernah ada seseorang yg baru masuk islam bertanya kpd Rasulullah utk meminta penerangan apa itu islam?? Lalu baginda pun menyuruh lelaki itu berjumpa dgn sahabat nabi (ana nda ingat sapa) lalu sahabat itu pun mmbacakan sebuah ayat dari Al-Quran (ana pn nda ingat surah apa..afwan) yg kira-kira bermaksud: sesungguhnya Allah akan membalas segala perbuatan manusia, walaupun sekecil zarrah. Sesuatu perbuatan yg baik Allah akan balas dgn balasan yg baik dan jika perbuatan yg buruk Allah akan balas dgn buruk.. Selepas itu lelaki yg bertanya itu pun menjawab.. "sekarang..aku faham apa itu islam"

Adakah antum faham apa itu islam?? Jika ada seseorang bertanya kpd antum adakah antum dpt menjawabnya?? Mempelajari islam itu sangat-sangat-sangat-sangat wajib bagi setiap muslim. Cuba kita cerminkan pada diri kita adakah kita mengenali islam itu seluruhnya..? adakah islam itu agama kekerasan??terroris??atau ia sama dgn agama yg lain??

Jawapannya adalah TIDAK..TIDAK..TIDAK..islam bukan agama kekerasan, islam bukan mengajarkan terrorisma..islam itu tidak sama dgn agama lain..Agama islam adalah SYUMUL(sempurna) tetapi manusia itulah yg membuatkan ianya tidak syumul..!!

Mengapa?? cuba tanya diri kita.. adakah kita hanya solat seminggu sekali(solat juma'at)?? Adakah kita membaca Al-Quran hanya utk mendapatkan sijil(sijil khatam, sijil ijazah, etc) selepas itu kita membiarkan Al-Quran itu menjadi perhiasaan dirumah-rumah (berhabuk)?? adakah kita berpakaian menutup aurat hanya di sekolah agama sahaja tetapi berpakain "sakit mata" bila ke shoping complex??Adakah kita amat sukar utk bersedekah di jalan Allah (berfikir 2 kali) dan amat senang apabila kita ingin membeli tiket konsert/ membeli suatu yg tidak berfaedah (tanpa berfikir lagi).

Sepatutnya kita mencontohi Rasulullah S.A.W. bukannya mencontohi yang lain...!! Sepatutnya kita mengenali Rasulullah S.A.W lebih daripada mengenali artis-artis barat / pemain bola / pelakon dan sebagainya. Contohi Nabi kita, contohi akhlaknya, contohi budi pekertinya contohi sikapnya. Al-Quran itu adalah akhlak nabi..baca sirah nabi dan pelajari isi Al-Quran.

Sesungguhnya dalam melaksanakan tugas(dakwah) dan amal kebajikan utk mendapatkan keredhaan Allah amatlah susah. Jalan yang di rempuhi bukannya jalan yg bertaburkan bunga TETAPI jalan yg di taburi duri dan ingatlah syaitan laknatullah senantiasa menggoda kita dari 4 penjuru, depan, belakang, kanan dan kiri (ada dlm Al-Quran tp ana lupa apa ayatnya)

Ingatlah Allah itu ada dimana-mana. Allah akan membalas segala perbuatan kita. kadang-kadang saya kecewa dan hampir berputus asa apabila melihat kawan saya yg memakai pakaian seolah-olah tidak memakainya. semoga Allah memberinya taufik dan hidayah kepadanya dan kepada kitani semua yg membaca post ini, Amin~..

Mohon maaf jika ada terkasar bahasa. Tujuan ana tidak lain hanyalah memberi nasihat dan pengajaran kpd kitani semua.
Al-'Asr
Dengan nama Allah yg maha pengasih, maha penyayang

Demi masa(1)
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dlm kerugian(2) Kecuali orang-orang yg beriman dan mengerjakan kebajikan dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan menasihati supaya menetapi kesabaran(3)
maha benar kata-kata Allah yg maha agung



Monday, March 23, 2009

Siapa yg support israel bunuh saudara kita d Palestine..??

Dr.Yusuf Qardhawi terkejut apabil ada umat Islam yang menyebut bahawa mereka tidak dapat hidup tanpa produk Amerika. “Satu riyal yang anda keluarkan untuk membeli produk Israel dan Amerika, sama dengan satu butir peluru yang akan merobek tubuh saudara anda di Palestin” – Dr.Yusuf Al-Qardhawi.


1) Coca Cola – Tahun 1997, delegasi misi ekonomi Israel memberikan penghargaan Israel Trade Award kepada Coca Cola atas kesetiaan mereka memberi bantuan kepada Negara itu selama 30 tahun. Coca Cola juga menolak seruan Liga Arab untuk memboikot Israel. Pada Feb 2002, Coca Cola bekerjasama dengan Friend Of Israel menjadi sponsor ceramah tokoh Zionis, Linda Gradstein, di Universiti Minnesota.


Tahun 2002, Coca Cola membangun pabrik diatas tanah milik Palestin yang dirampas Israel. Ini hadiah Israel atas sumbangan jutaan dolar Coca Cola kepada mereka. Produk yang masih berafiliasi dengan Coca Cola adalah Dr Pepper, Fanta, Fruitopia, Kia Ora, Lilt, Sprite, Sunkist dan Schweppes.


2) Johnson & Johnson – Tahun 2008, wakil perusahaan mereka, Roger S.Fineon mendapat penghargaan Jubilee Award dari PM Israel, Benyamin Netanyahu. Penghargaan tertinggi ini diberikan atas dasar kesetiaan syarikat ini memperkuat ekonomi Israel.


3) Nestle – Satu perusahaan dengan Johnson & Johnson. Beberapa produk Nestle yang dipasarkan di Indonesia antara lain Nestle Dancow, Nescafe, Nestle Milo, Nestle Bubur Bayi, Kit Kat, Polo, gula-gula FOX, Maggie dan Susu Cap Nona.


4) Revlon – Menurut majalah Forbes, pemodal perusahaan ini, Ronald Perelman adalah seorang zionis. Dia dikenal pendukung utama Zionis dan juga anggota The Simon Wiesenthal Center, kelompok ternama didunia dan kerap mempromosikan Israel.


5) The Limited Inc – Pendiri, Presiden sekaligus CEO The Limited Inc, Les Wexner adalah seorang Zionis. Dia menjadi Dewan Direktor Emet, media pro-Israel yang berfungsi memastikan bahawa semua media di Amerika tetap bias dan membela Israel.

Emet dalam bahasa Ibrani berarti ‘kebenaran’. Satu group dengan sayap bisnes mereka adalah Structure, Victoria’s Secret, Bath & Body Works, Intimate, Lerner New York, The White Barn Candle, Express, Henri Bendel, NY & Company dan Mast Industries.


6) Marks & Spencer – Sir Marcus Sieff , chairman M&S menulis dalam sebuah buku bahawa tujuan perusahaan ini adalah membantu perkembangan ekonomi Israel ( Management: The Marks & Spencer Way, Weidenfield & Nicolson, 1990 ). M&S mendukung Israel dalam bentuk dagang sekitar $233 juta per/tahun ( Jerusalem Report, 5 Jun 2000 ).


7) Nokia – Manajer umum Nokia, Lars Wolf mengatakan dalam sebuah wawancara dengan The Jerusalem Post, 4 Mac 2001 “kami benar-benar berfokus pada Israel dari semua sudut pandang kerana kami memiliki projek Internal bernama Project Israel”.


8) Time Warner Inc – dikenal sebagai perusahaan raksasa media. Wakil director Time Warner Inc, Kenneth Novack, pernah terang-terangan mengaku bahawa sangat menguntungkan bekerjasama dengan Israel. Satu group dengan Time Warner adalah TIME Magazine, Life Magazine, Time-Life Books, CNN (TV Network), Warner Bros dan ICQ (Internet chat program).


9) IBM – Internasional Business Machines Corporation (IBM) dikenal memiliki hubungan dekat dengan Israel. Senior Vice President IBM, Ricciardi Lawrence dalam sebuah wawancara dengan akhbar Israel, The Jerusalem Post mencatat bahawa perusahaan ini telah mempekerjakan 1700 orang Yahudi. IBM merupakan tiga dari perusahaan yang dipuji dalam acara malam penghargaan demokrasi The American – Israel Friendship League (AIFL) 25 Jun 2001 yang diselenggarakan Ariel Sharon seorang jenderal pembantai umat Islam Shabra & Shatila, Palestin.


10) L’Oreal – Dianggap sahabat dekat Israel dan telah menanamkan investasi besar-besaran di Negara Yahudi itu. Kongres Yahudi Amerika telah menyatakan ‘kepuasannya’ dengan perusahaan ini yang disebut-sebut sebagai ‘teman hangat’ . L’Oreal telah menetapkan Israel sebagai pusat perdagangan di Timur Tengah dan telah meningkatkan investasi dan manufactur di negeri itu. Masih satu group adalah Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La rocheposay dan Carson.


11) Danone – Tahun 1998, Franck Riboud yang berkebangsaan Israel atas nama perusahaan Danone menerima penghargaan Jubilee Award yang diberikan oleh PM Israel, Benyamin Netanyahu. Danone Institute sudah didirikan di Israel sejak Julai 1998. Danone dikenal memiliki banyak jenama air proses diseluruh dunia .Di Asia mereka tampil dengan Yili, di Indonesia Aqua, di China ada Wahaba. Masih ada group dengan perusahaan ini adalah Biskuit Oreo, Ritz dan Keju Kraft.


12) McDonald’s – Menurut Chicago Jewish Community Online (situs web milik Dana Syarikat Yahudi Chicago), Markaz Besar McDonald’s Corporation yang berpengkalan diluar Chicago adalah sahabat bisnes Syarikat Dana Yahudi (Jewish United Fund-JUF) dan Federation.


Salah satu tujuan JUF adalah menjaga dukungan militer, ekonomi dan diplomatic Amerika, mengawasi bahkan jika mengontrol, pemberitaan media atas Israel. Salah satu CEO McDonalds, Jack M.Greenberg adalah anggota kehormat Kamar (bilik) Dagang dan Industri Amerika-Israel (Israel-America Chamber of Commerce).


13) Delta Galil Industries Ltd – sebuah perusahaan tekstil terbesar. Pendiri dan pemegang saham utama perusahaan ini Dov Lautman, merupakan sekutu dekat Pres.Israel, Ehud Barak. Jenis produk perusahaan ini adalah kasut Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Wrangler, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Redup, Old Navy Dockers, Celio, J.Crew, JC Penney, Caterpillar, Lou Riders, Pryca, Hema, Auchan, Lindex, Tchibo Tati dan Kolombia.


Toko pengecer perusahaan ini yang sudah mulai berkembang di Indonesia adalah Carefour.


14) Philip Morris – syarikat ini mendermakan 12% keuntungan untuk Israel. Dengan rata-rata margin keuntungan sehari sebesar 10% atau $80 juta sehari ,maka &9.6 juta wang umat Islam diberikan kepada Israel. Perusahaan raksasa rokok dunia asal Amerika itu kini mengambil alih 40% saham perusahaan rokok swasta nasional Sampoerna Tbk.


Produk-produk dibawah payung Philip Morris adalah Marlboro, Merit, L&M, Winston, Gold Cost, Coted’Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince, Benson & Hedges dan West.


15) Estee Lauder – directornya, Ronald Lauder adalah salah seorang ketua konferensi Presiden Organisasi Yahudi-Amerika. Sekarang ia menjabat presiden Dana Nasional Yahudi (Jewish National Fund). Selain dikenali sebagai seorang Zionis, Ronald juga aktif dibeberapa organisasi Yahudi. Antaranya adalah The Conference of President of Major American Jewish Organisation, The Jewish National Fund dan The World Jewish Congres.


16) Starbucks Cofee – directornya, Howard Shultz dikenal sebagai aktivis Zionis. Tahun 1998 dia diberi penghargaan Israel 50thard oleh Jerusalem Fund of Aish Ha Torah. Disaat banyak perusahaan lain mati-matian menarik diri dari Israel, Starbucks memutuskan menolong ekonomi Israel yang sedang krisis dan menanam modal untuk membuka caunter Starbucks di Israel (Shalom Coffe Co). Anniversary Friend of Zion Tribute Aw


17) News Coporation – syarikat raksasa media milik Rupert Murdoch yang berinvestasi besar di Israel. News Corp adalah satu dari 3 perusahaan yang mendapat pujian atas dukungannya kepada Israel dalam America-Israel League Partners for Democracy Award Dinner 25 Jun 2001. Murdoch sendiri menjadi wakil penyelenggara acara tersebut.


Group News Corp adalah Fox TV Network, 20 th Century Fox Films, Fox Kids, Sky TV Network dan Star TV Network, National Geographic (Journal & TV), News of The World, The Sun, The Times, The Sunday Times, The Telegraph, Gold Coast Herald Sun, Independet Newspaper Ltd, Newsphotos, Sunday Herald, Sunday Mail, Amerika: The New York Post, Harper Collin Book Publisher, Ragan Books, Zondervan, Nursery World, Rawkus, NDS, Mushroom Records, China Byte.com, dan Festival Records. Buletin,


18) Club Bola Sepak – Mac 2006, Innovative Minds dan lembaga Hak Asasi Manusia (HAM) Islam (The Islamic Human Rights Commision) melakukan kempen memboikot club bola sepak Arsenal ( Arsenal Footbal Club) atas keterlibatannya dalam mempromosikan Israel sebagai tempat tujuan pelancongan.



Dipetik dari: Majalah Hidayatullah, (majalah Islam bulanan) Indonesia, edisi 10-Feb 2009.


Tambahan:

Sesungguhnya kitani bulih hidup tanpa barangan tersebut..cuba fikirkan org lagi dahulu..walau tanpa barangan tersebut dorang masih jua hidup..We have to try not do depend/using dat products..ana tau ada yg nda setuju pasal hal ani..sekurang-kurangnya kitani berusaha daripada hanya duduk saja.."silent is not an option"

i jz can say that "memang barang atu halal di mata kitani TETAPI adakah ia halal di sisi ALLAH..?!!!!!"

Sunday, March 22, 2009

US 2 Juta Untuk Propaganda Israel

Israel sedang menyiapkan program propaganda untuk memulihkan citra negara Zionis yang makin tercoreng selepas agresi brutalnya selama 22 hari ke Jalur Gaza. Kementerian Luar Negeri Israel sudah meluluskankan dana sebesar dua juta dollar untuk keperluan propaganda itu.

Israel nampaknya sedar akan posisinya dalam hubungan antarabangsa sedang terancam. "Operasi Cast Lead" telah mencetuskan demonstarsia besar-besaran di pelbagai penjuru dunia. Hubungan Israel dengan sejumlah negara Muslim seperti Turki dan Mauritania merenggang setelah kedua negara itu menutup kedutaan besar Israel sebagai bentuk protes agresi Israel ke Jalur Gaza. Pasukan olahraga Israel bahkan ikut terkena getahnya, mereka menjadi sasaran caci maki penonton di Sweden, Sepanyol dan Turki. Lembaga-lembaga hak asasi antarabangsa, pakar undang-udnang, investigator internasional juga menuntut agar Israel diseret ke pengadilan antarabangsa sebagai penjenayah perang.

Selain tragedi pembantaian di Gaza, Israel juga dikecam dunia kerana sekatan yang dilakukannya di Gaza, pembangunan tembok pemisah di Tebing Barat dan perluasan pemukiman Yahudi dengan cara merampas rumah dan tanah milik warga Palestin.

sumber

Thursday, March 19, 2009

Wednesday, March 18, 2009

Sunday, March 15, 2009

25 Pesanan Luqmanul Hakim


  1. Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
  2. Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.
  3. Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
  4. Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
  5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
  6. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
  7. Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
  8. Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
  9. Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
  10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
  11. Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
  12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
  13. Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
  14. Makanlah makananmu bersama sama dengan orang - orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
  15. Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
  16. Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.



  17. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
  18. Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
  19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ (riak) yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
  20. Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
  21. Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
  22. Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.
  23. Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
  24. Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
  25. Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.




Source : iLuvislam.com


Wednesday, March 4, 2009

Palestine Yg Terbiar..!!!!!




From : YouTube.com

Tuesday, March 3, 2009

Apabila Kemungkaran Dilihat Sebagai Kemuliaan...





Salam ukhwah, salam perjuangan, salam dakwah kepada pembela-pembela dakwah Islam, kepada pejuang-pejuang yang ditekan tetapi tetap mempertahankan Islam, kepada mereka yang ingin berfikir dengan jauhnya tentang hala tuju ummat.

Hari ini, ketika ini dan saat ini, ketika kemungkaran dan maksiat menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat dan ummat yang kita sayang, DIMANAKAH KITA? Dimanakah kita yang mengatakan bahawa kita meletakkan Al Quran dan Sunnah sebagai perlembagaan, Rasulullah sebagai model ikutan, Allah sebagai tujuan dan Jihad fi sabilillah sebagai penamat kehidupan?

Amat jelik sekali pada masa ini, ketika ummat yang lantang berkata kononnya kita menegakkan negara Islam di kalangan pemimpin-pemimpin kita, mereka yang dengan lantang mengatakan kita ikut langkah Islam dalam negara ini turut sama leka dalam jalan taghut, malah amat menyedihkan lagi bila mana maksiat itu dilihat sebagai perkara biasa.

Saudaraku, syaitan akan mengindahkan pandangan manusia di atas maksiat yang kita lakukan. Perhubungan tanpa batasan atas nama cinta sejati antara dua insan dipandang indah oleh masyarakat, dipandang cantik oleh sahabat handai malah dipopularkan oleh ramai di kalangan kita dan bahkan dipandang mulia. TETAPI, perhubungan untuk membina baitul muslim secara baik dan suci tanpa ikatan dan perhubungan yang keji dipandang kolot dan ketinggalan zaman bahkan tidak lagi sesuai dengan zaman ini.

Para pemuda-pemudi dan pejuang yang membawakan dakwah Islamiyah, yang ingin meletakkan kefahaman yang betul kepada ummat dipandang sebagai orang penyibuk bahkan mungkin sekali akan dilabelkan sebagai terroris. Para pendokong yang ingin membawa semula ummat Islam kepada Islam dipandang sebagai lebai-lebai yang kuno, kolot dan ketinggalan zaman. Bahkan senang sekali dikatakan : “aku enjoy...enjoy gak, ibadat...ibadat jugak”. Jadi adakah kehidupan kita ini membedakan dengan kehidupan Islam? Bukankah sebagai muslim, kehidupan kita adalah Islam dan Islam itu adalah kehidupan. Bahkan untuk enjoy pun bukankah lebih cantik sekali kalau ianya selari dengan jalan Islam. Tiada pergaulan tanpa batasan, tiada unsur lucah. Bahkan dakwah juga dapat disampaikan melalui hiburan.

Hal ini bukanlah sesuatu yang mustahil, tidak semestinya lagu nasyid sahaja perlu ada unsur dakwah. Bukankah lebih cantik kalau lagu rock juga ada unsur dakwah. Tidakkah lebih jelik apabila ketika ada segolongan pihak yang ingin membuat tugas menyedarkan ummat tentang hakikat Islam ini dihalang dengan kuatnya. Tetapi mereka yang ingin melakukan konsert , pesta , keraian yang bukan-bukan dibenarkan dengan suka hatinya? Dimanakah kononnya Islam yang dilaung-laungkan??? ADAKAH ISLAM ITU TERTEGAK DENGAN KATA-KATA??? ADAKAH ISLAM ITU TERTEGAK DENGAN CERAMAH DAN JUALAN AIR LIUR SAHAJA???

Saudaraku, Islam itu adalah kehidupan kita, saat kita mengucapkan kalimah shahadah, kita telah berikrar dan mengikat perjanjian untuk menerima Islam sepenuhnya. Tiada istilah “part time Muslim”. Hari ini aku ikut jalan kafir, esok aku ikut jalan Islam. Tiada istilah pengasingan Islam daripada kehidupan. Tiada pengasingan Islam itu daripada pemerintahan kerana Islam ini lengkap. Bermula daripada aspek kehidupan seharian, pemerintahan malahan kematian. Ketika kita bershahadah, kita telah berikrar pada aqidah kita bahawa kita sanggup mengikut Islam. Tetapi adakah shahadah itu sekadar hanya kata-kata kosong???




Source : iLuvislam.com

Saturday, February 21, 2009

Untukmu Muslimah..

Ibnu Umar radhiallahu anhumma telah melaporkan bahawa Nabi saw pernah bersabda,”Wahai kaum wanita! Kamu(teristimewanya) bayarlah sedekah dan banyak bertaubat, kerana daku melihat kebanyakan penghuni neraka adalah wanita.”

Salah seorang daripada pendengar berkata, “Wahai Rasulullah! Apakah kesalahan kami yang kebanyakan daripada kami akan memasuki neraka?”

Nabi saw. menjawab,”Kami paling kerap mempunyai tabiat melaknat(semasa perbualan) dan kamu lebih tidak bersyukur kepada suami kamu. Daku tidak melihat seseorang yang kekurangan dalam ketakwaan dan hikmah seperti kamu tetapi menguasai seorang yang berhikmah.”

(Bukhari, Muslim, Tarjumanus Sunnah) Hazrat Ibnu Mas’ud telah memberitakan bahawa nabi bersabda,”seseorang wanita patut ditutupi kerana apabila dia keluar, syaitan akan memandangnya,”

(Tirmizi) Begitu juga, maka perlulah wanita menjaga suara supaya tidak didengari oleh orang luar. Adalah juga penting, lelaki menghindari dari melafazkan puisi di khalayak wanita lain oleh kerana wanita bersifat lembut hatinya dan mudah cenderung kepada pengaruh buruk.

(uswah rasool e akram) Hazrat Hasan Basari ra. memberitahu bahawa dia telah mendengar Rasulullah saw bersabda,”Allah melaknati orang yang memandang kepada seseorang wanita asing dan juga seseorang yang dipandang itu.”

(mishkat) Hazrat Abu Musa ra. Telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda,”mata yang memandang kepada seseorang lelaki atau wanita asing dengan niat buruk adalah penzinaan dan seseorang wanita yang mewangikan dirinya dan kemudiannya lalu di hadapan khalayak lelaki adalah tiada bezanya".

(tirmizi, abu daud) Hazrat Ibnu Mulaika ra memberitahu bahawa apabila seseorang menyatakan kepada Hazrat Aisyah bahawa seorang wanita sedang memakai sandal(kasut lelaki) maka dia menjawab bahawa Rasulullah melaknati wanita yang bersifat kelakian.

(abu daud) Adalah sunnah bagi wanita mengucap salam dan selamat antara satu sama lain dan berjabat tangan. Ini patut digalakkan.(tabrani, baihaqi)

Nota: antara sesama wanita sahaja.

Ibnu Abi Dunya dan Baihaqi telah memberitakan dari Ash Shabi bahawa nabi bersabda,”laknatlah kepada penyanyi-penyanyi perempuan dan kepada sesiapa yang mereka nyanyikan,”

sopan

Source : www.iLuvislam.com

Wednesday, February 18, 2009

Santapan Utk Bersama..


Kita cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat......

Mungkin malam
JUMAAT?

Dan sewaktu solat
MAGRIB SAJA?
Kita suka
ALLAH pada masa kita sakit....

Dan sudah pasti waktu ada
kematian...
Walaubagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk
ALLAH waktu bekerja atau bermain?

Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung
padaNYA.
Semoga
ALLAH mengampuni aku kerana menyangka... ...
Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu
dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah)


Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah
DIA berikan kepada kita.
DIA
telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta.
RENUNGKANLAH

Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR
MENGHAYATI!! !


Ya aku
CINTA ALLAH ...


Dia
adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku





IA lah
yang mengerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.


Ini adalah ujian yang
mudah.


Kalau anda benar meyintai
ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu...
Kirimkan kepada 10 orang dan kepada pengirim anda


Sekarang!!!
Anda ada masa kah untuk berbuat demikian?


Pastikan anda scroll hingga
ke penghabisan.


Susah vs. Senang


Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran
?





Kenapa mengantuk dalam
MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?

Hadiah yang paling istemewa yang
pernah kita terima.
Solat
adalah yang terbaik....


Tidak
perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.


Notes: Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia
TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.





Tidakkah melucukan bila seseorang berkata '
AKU BERIMAN PADA ALLAH' TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also 'believes' in ALLAH ).

Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda.





Aku ber
DOA , untuk semua yang menghantar mesej ini kepada semua rakan mereka di rahmati ALLAH.


Source : Forwarded E-mail

Tuesday, February 17, 2009

Sifat Romantik Rasulullah S.A.W.




Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian~. "

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain~ . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:
"Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka". Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa~. ada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga~ kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin~ Ya Rabbal 'Alamin~^^

Sabda Nabi,
ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya ...ALLAHUAKBAR~





Source : iLuvislam.com

Iktibar Utk Bersama



Iktibar di sebalik kehidupan Presiden Iran


FOX News TV (Amerika Syarikat) di dalam temu ramahnya telah bertanya kepada Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad: "Apabila anda melihat ke cermin setiap pagi, apa yang anda perkatakan kepada diri sendiri"?.

Beliau menjawab: Saya melihat kepada insan yang berada di dalam cermin tersebut dan berkata kepadanya, "Ingatlah, anda adalah tidak lebih daripada seorang hamba yang lemah,menanti di hadapan anda hari ini adalah suatu tanggungjawab yang amat berat dan ianya adalah berkhidmat kepada negara dan rakyat Iran.

Ahmadinejad, Presiden Iran yang mengejutkan ramai orang sewaktu mula-mula tiba di pejabat presiden, apabila beliau mendermakan segala permaidani Iran yang berharga kepada sebuah masjid di Teheran dan menggantikannya dengan permaidani biasa yang murah. Selain daripada itu, beliau mendapati bahawa terdapat sebuah bilik istirehat yang besar lagi mewah yang berfungsi untuk menerima dan menyambut kehadiran tetamu VIP, lalu beliau mengarahkan agar bilik itu ditutup dan meminta pejabat protokol untuk menyediakan sebuah bilik lain yang lebih kecil serta hanya dilengkapi dengan kerusi-kerusi kayu sahaja. Beliau juga telah banyak kali turut bersama-sama dengan para pekerja majlis perbandaran untuk membersihkan jalan-jalan yang berada di sekitar kawasan rumah dan pejabatnya.

Perkara pertama yang diisytiharkan oleh beliau selepas memegang jawatan Presiden adalah pemilikan hartanya yang "Besar" iaitu sebuah kereta Peugeot 504 model tahun 1977,sebuah rumah lama yang kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun yang lalu di salah sebuah kawasan yang termiskin di Tehran, akaun simpanannya yang tidak berbaki dan sumber kewangan yang masuk ke dalam akaunnya hanyalah gaji yang diterima sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti yang berjumlah 250 Dolar Amerika sebulan. Sehingga kini beliau masih tinggal di rumahnya itu. Ini hanyalah sebahagian kisah pemimpin yang berhati murni. Walaupun beliau bermazhab syiah tetapi gaya hidupnya mengikut apa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Adakah Perdana Menteri kita yang mendakwa Ahlul Sunnah Waljamaah mengamalkan cara hidup yang diajar Rasulullah ini??? Kesimpulannya PILIHLAH PEMIMPIN YANG BERANI DAN BERAKHLAK ISLAM!!


Source : iLuvislam.com


kalau semua ketua/pemerintah negara islam memiliki ciri-ciri seperti yg tunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. insyAllah islam tidak akan di tindas oleh negara-negara KAFIR.. seperti apa yg berlaku sekarang...PALESTINE...!!!

Semoga Allah Menyatukan hati orang-orang islam dan membantu orang-orang islam dlm menegakkan AGAMA ALLAH...Amin~

Wednesday, February 11, 2009

Jaga 7 Sunnah Rasulullah S.A.W.



"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.






Source : www.iLuvislam.com

Sunday, February 8, 2009

makluman pasal Kuliah Mufti

assalamualaikum...
ana dsini ingin memohon maaf atas kesilapan
pasal waktu berlangsungnya kuliah mufti a2..
ana pikir lapas isya..tp rupanya after subuh..
today pnya kuliah akan berlangsung after solat subuh..
dangar2 saja d radio bila kuliah mufti yg lain akan d adakan..
hehe..afwan aidan..
mohon seribu & berjuta kemaafan..

Friday, February 6, 2009

Jangan SalahKan Musuh


“Jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah”


Musuh-musuh Islam memang tidak pernah sepi daripada menyerang dan menggugat akidah umat Islam. Mereka berusaha dengan pelbagai cara, kaedah dan saluran. Mereka menggunakan saluran politik, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, hiburan, media masa, filem dan sebagainya. Kalaupun tidak sampai memusnahkan akidah mereka tetap mahukan agar umat Islam ini sekurang-kurangnya bersikap acuh tak acuh kepada agamanya.

Mereka sudah cukup berpuas hati sekiranya umat Islam ini bersikap ‘toleransi’ terhadap agama dalam erti kata tidak meninggalkannya secara total dan tidak pula menganutnya secara total. Agama dipilih mengikut selera dan dipraktikkan dalam acara tertentu sahaja. Agama hanya dijadikan aktiviti bermusim dan sebagai agenda persatuan atau pertubuhan untuk dimuatkan di dalam laporan tahunan. Kini umat Islam berdepan dengan masalah yang sangat ketara bahawa agama hanya sekadar pada nama,tanpa penghayatan dan bukan lagi menjadi suatu cara hidup.

Cuba kita teliti dan hitung, dari mula bangun tidur hingga kembali kepada tidur, banyak mana ajaran Islam yang kita hayati. Banyak mana Islam dijadikan panduan dalam segala urusan hidup. Banyak mana kita membawa Tuhan bersama dalam mengendalikan segala urusan harian. Kalau tidak ada black metal, kehidupan kita tetap jauh dari Tuhan. Kalau bukan kerana black metal, hati kita tidak ada rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Hati kita tetap cuai dan lalai bahkan sangat menderhakai Tuhan. Sebab itu jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah. Lemah dalam melawan nafsu serakah. Lemah dalam membawa Tuhan dalam urusan hidup. Akhirnya Tuhan biarkan umat Islam diratah-ratah, dibuli dan diperkotak-katikkan oleh musuh. Ini belum lagi diperhitungkan untung nasib di akhirat kelak. Entah di Neraka mana yang kita ini bakal dihumban lantaran terlalu amat derhaka kepada Allah SWT. Betapa tidak, jauh sekali umat Islam ini berjuang untuk membangunkan empayar, menguasai bumi yang merupakan milik Tuhan. Malah membenteng diri daripada ditembusi akidah dan budaya kufar pun tidak berupaya.

Apabila Rasulullah SAW diutus, masyarakat yang dihadapi baginda SAW itu bukan sahaja mereka musyrik dan kufar, bahkan mereka juga turut dilanda masalah sosial yang amat dahsyat. Sebut saja apa jenis kejahatan manusia, semuanya mereka lakukan terang-terangan tanpa segan silu. Namun sejarah telah membuktikan, dalam tempoh yang singkat Rasulullah berjaya menukar sejahat-jahat manusia kepada ‘khairunnas’ - sebaik-baik manusia. Manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang fitrahnya sama saja di zaman mana pun mereka berada dan di mana pun mereka berada, bangsa apa dan keturunan apa pun. Bagaimana dan ubat apa yang dipakai oleh Rasulullah SAW, maka cara dan ubat yang sama juga yang mesti digunakan untuk mengubati penyakit manusia, iaitu:

Pertama: Rasulullah SAW menanamkan iman. Mengetahui Rukun Iman bukan bererti sudah beriman, mungkin itu sekadar boleh mengesahkan iman semata-mata. Keimanan yang berjaya ditanam ke dalam hati masyarakat waktu itu seperti digambarkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman, apabila disebut nama Allah gementar hati mereka.” Begitu takut dan gerun kepada Tuhan hingga gementar hati, yang mereka tidak lagi takut selain daripada Allah SWT. Mereka bukan saja tidak terjejas atau tidak terusik hatinya oleh sebarang budaya, bahkan mereka sendiri sanggup memperjuangkan Tuhan dan agama-Nya hingga tergadai nyawa.

Kedua: Rasulullah SAW mencanangkan kehidupan akhirat yang jauh lebih baik dan utama. Sebenarnya tidak ada tandingan dan bandingan tentang kehidupan akhirat. Bermula dari alam barzakh maka bermulalah era baru kehidupan manusia yang bakal ditempuh adalah suatu alam baru tanpa dapat difikirkan dan dikhayalkan. Tiada sebarang imaginasi yang dapat mencapai alam akhirat. Segala-galanya adalah alam rasa yang akal tidak mampu untuk berfungsi sedikit pun. Kehidupan dunia ini umpama mimpi saja, seolah-olah bukan realiti jika dinisbahkan dengan kehidupan di akhirat. Satu hari di akhirat menyamai seribu tahun di dunia. Kehidupan yang kekal abadi tanpa penghujungnya. Usia kita yang sekitar 60 atau 70 tahun di dunia ini kalau dikira pada perjalanan masa di akhirat hanyalah beberapa minit saja.

Menyedari hakikat bahawa hidup ini amat singkat berbanding akhirat yang kekal abadi itu, tentulah tidak ada manusia waras yang sanggup mensia-siakan hidup ini begitu sahaja. Apatah lagi, sudah tentulah takut untuk berbuat dosa dan maksiat walau sedetik. Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya untuk kesedapan yang sekelumit ini. Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya takut kepada penderitaan yang sekelumit ini. Tentulah tidak sanggup berlalai-lalai dengan kehidupan sekejap ini sehingga terpaksa menanggung derita yang amat panjang lagi dahsyat, dan terlepas dari nikmat syurga yang tidak dapat dibayangkan. Hadis Qudsi ini menjadi pegangan hidup mereka dalam berbuat apa saja, iaitu: Janganlah kamu pandang kecilnya kesalahan yang kamu buat, pandanglah kepada siapa kamu berbuat iaitu kepada Allah.” Sekecil-kecil kejahatan ada dosa dan nerakalah balasannya. Mereka menjadi orang yang memburu dan berlumba-lumba berbuat kebaikan. Dalam pada itu dosa kecil yang dilakukan, dirasakan seperti "gunung yang hendak menghempap kepala”.


Pencinta, pemikir, petugas masyarakat dan siapa saja yang mengidamkan umat yang sejahtera, dua aspek ubat Rasulullah SAW ini sudah cukup untuk dijadikan sebagai modal mengubat penyakit sosial. Inilah modal asas dan utama yang boleh menjadi penyelesaian kepada apa jua jenis penyakit.


Source : iLuvIslam.com