Wednesday, June 24, 2009

Flu Babi..


Assalamualaikum...
Negara kitani ani makin banyak udah kejadian yg tidak baik berlaku. Kalau tidak silap saya, belum jua lama telah berlaku banjir yg besar di negara kitani yg mana dlm sejarah belum pernah berlaku. selepas atu tentang tersebarnya penyakit selesma babi yg mana menggemparkan seluruh dunia. Dlm masa-masa hebohnya tentang penyakit atu, negara kitani telah mengalami kebakaran yg terjadi di sana sini. Tredapat segelintir org yg takutkan Flu babi melebihi daripada takutkan mati sedangkan kita tidak semestinya terjangkiti penyakit tersebut TETAPI yg pasti semua makhluk akan MATI. Flu tersebut hanyalah asbab sahaja, tidak semestinya kita akan mati hanya dgn flu tersebut, akan tetapi mengenai mati adalah satu ketetapan Allah yg pasti berlaku dan tiada obat utk melengahkannya.

Tidak mustahil semua ani adalah peringatan daripada Allah utk kitani ygmana kitani sering lalai dan leka dlm mengigatiNya. Tidak mustahil jua bahawa semua atu merupakan "BALA" bagi kitani. Mungkin kitani melakukan yg di larang, meninggalkan apa yg disuruh. Sebagai hamba Allah, kitani memang seorang hamba kepada Al-Khaliq. We dont have a choice but to do what Allah said and leave all the things that Allah larang..

Adalah tidak mustahil akan ada lagi bala yg akan menimpa dunia termasuk negara kitani..jika sebuah negara atu sentiasa melakukan segala suruhan Allah, insyAllah akan makmur dan harmonilah negara tersebut. Bukankah negara kitani ani adalah sebuah negara islam..! negara islam seharusnya mengikuti dan melaksanakan segala-galanya mengikuti atas apa yg diperintahkan oleh Allah melalui Al-Quran dan Hadith. Adakah islam ani hanya dilaksanakan dalam jabatan yg berkaitan dgn hal ehwal islam sahaja?? adakah kitani inda mengamalkan ajaran islam dlm pentadbiran, pendidikan, perdagangan..?? sedangkan islam atu adalah menyeluruh. semuanya ada dalam islam, segala kehidupan kita, pentadbiran, pertahanan, perekonomian, undang-undang, seharusnya islam atu adalah yg terutama sekali.

Adakah kitani lebih mementingkan system BARAT daripada system2 ISLAM??? sebetulnya seya selalu hairan dan berfikir kenapa kitani mengikuti system pendidikan barat? mengapa kitani mengikuti undang2 barat? mengapa kitani mengikuti gaya hidup barat??

Firman Allah yg bermaksud :
"Wahai orang-orang yg beriman! masuklah ke dalam islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan. Sesungguhnya ia musuh yg nyata bagimu."